Blogger Backgrounds

Tuesday 1 November 2011

Tips Kecemerlangan..

Persediaan dan perancangan yang rapi akan memastikan kecemerlanagan dalam peperiksaan nanti. Anda dinasihatkankan mengikut garis panduan berikut terutamanya bagi dua bulan sebelum tarikh peperiksaan.
a. Solat hajat.
b. Menyediakan satu jadual ulang kaji.
c. Mengadakan sesi kumpulan permbelajaran dan perbincangan.
d. Membuat ulang kaji semua tajuk.
e. Menjawab kertas peperiksaan percubaan negeri lain.
f. Malam sebelum peperiksaan.
Solat hajat.
Anda hendaklah sentiasa sembayang hajat dan berdoa kehadrat Allah s.a.w. agar semua kerja kita dirahmati dan diberkati NYA serta membuahkan kejayaan sebagaimana yang diimpikan. Insya Allah.
Menyediakan satu jadual ulang kaji.
Anda mestilah menyediakan satu jadual harian bagi mengulangkaji mata pelajaran dengan teratur dan sempurna. Lebihkan masa diperuntukkan untuk mata pelajaran yang memberi masalah kepada anda.
Kesihatan juga mesti dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Anda tidak seharusnya belajar hingga lewat malam kerana ia menjejaskan konsentrasi disebabkan oleh keletihan. Fikiran hendaklah tenang dan temteram dengan bersiar-siar di taman selepas belajar beberapa jam, jika keadaan mengizinkan.
Anda hendaklah mengelakkan diri daripada aktiviti yang boleh membawa kecederaan. Tidur mesti awal supay badan segar dan cergas pada pagi yang berikut. Waktu subuh ialah masa paling sesuai untuk belajar kerana suasana sunyi dan nyaman.
Mengadakan sesi kumpulan permbelajaran dan perbincangan.
Anda boleh mengadakan kumpulan pembelajaran dan perbincangan (study group) bersama-sama dua atau tiga orang kawan yang menghadapi peperiksaan yang sama. Kumpulan ini boleh mengadakan sesi pembelajaran dan perbincangan sekali-sekala di rumah atau di sekolah. Dalam sesi ini anda boleh berbincang tajuk-tajuk yang dianggap susah,dalam sesi itu juga anda boleh mendapat lebih banyak idea serta mengatasi segala masalah dengan cepat dan berkesan.
Membuat ulang kaji semua tajuk.
Anda mestilah mengulang kaji semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Jangan mengabaikan mana-mana tajuk walaupun tajuk berkenaan telahpun dikemukakan dalam kertas peperiksaan tahun sebelumnya. Anda hendaklah melihat kembali semua kerja latihan yang pernah dijawab. Buku latihan hendaklah disimpan dan diuruskan dengan kemas, proses ulangkaji akan menjadu mudah dan sistematik.
Anda juga seharusnya mengulangkaji tentang konsep catatan bergu, prosedur mencatat data dalam Buku Catatan Pertama, dan proses pembukuan ke lejar. Selain itu, anda mesti memberi perhatian kepada pelarasan pada hari imbangan dan juga menghafal format akaun penamat, penyata dan juga lembaran kerja.
Menjawab kertas peperiksaan percubaan negeri lain.
Setiap negeri di malaysia kini mengadakan peperiksaan percubaan bersama yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Anda seharusnya cuba mendapatkan, memungut salinan kertas soalan tersebut dan cuba menjawabnya semasa mengadakan sesi perbincangan kumpulan. Menerusi cara ini, anda boleh mendapat lebih banyak pengalaman menjawab soalan dan mendapat pendedahan kepada pelbagai tajuk dan teknik soalan.
Malam sebelum peperiksaan.
Anda mesti membuat persediaan dengan rapi pada malam sebelum peperiksaan. Secara umumnya, anda mestilah memastikan perkara berikut :
• Membawa kad pengenalan
• Menyediakan semua jenis alat tulis yang diperlukan.
• Memastikan kalkulator anda dalam keadaan baik dan diisikan dengan bateri yang baik.
• Membuat ulangkaji sepintas lalu topik yang difikirkan penting.
•Tidur awal supaya berasa segar, cergas dan tenang pada hari berikut.

0 Orang Mendoakan Kami Menang: