Blogger Backgrounds

Tuesday 1 November 2011

Kepimpinan Cemerlang, Sekolah Terbilang..

 
PENGETUA dan guru besar yang cemerlang dalam memimpin barisan warga pendidik di sekolah masing-masing biasanya berjaya membentuk sebuah sekolah berkualiti daripada semua aspek seperti akademik dan kokurikulum, termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk meningkatkan penghasilan pelajar berilmu.Berikut adalah kertas kerja Pengetua SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah, Azizan Khasmis bertajuk Sekolah Berkualiti Melalui Kepimpinan Instruksional yang turut menyatakan bahawa hasil kajian Institut Aminuddin Baki (IAB) menunjukkan bahawa sekolah yang cemerlang adalah hasil daripada pengetua atau guru besar yang berkualiti.
Sekolah berkualiti ialah sekolah yang mencapai kejayaan melebihi sasaran dalam semua aspek terutama bidang akademik. Di Malaysia, perbincangan mengenai topik ini dibuat di satu seminar iaitu Seminar Sekolah Berkesan di IAB pada 1995. Bagaimanapun sekolah berkualiti menjadi topik perbincangan kerana ia membabitkan unsur kepuasan pelanggan. Sekolah berkualiti wujud disebabkan kepimpinannya yang berkualiti iaitu kepimpinan Instruksional.

0 Orang Mendoakan Kami Menang: